Ini cerita 'mimpi biar sampai ke bintang'

Dear diary,

Andai kata satu hari nanti aku  menjadi seorang isteri,andai kata satu hari nnti aku  menjadi seorang ibu,andai kata satu hari nnti aku menjadi bakal jenazah,aku berhajatkan sesuatu,huh,hajat?mungkin lebih kepada meninginkan-keinginan-desire..

Dear diary,

Andai kata satu hari nnti,aku bakal menetap di tanah jajahan kota bharu,aku menginginkan sebuah studio cafe,eh cafe studio,eh..ah mana-mana lahh.janji maknanya sampeii..mari berangan bersama~ *diari

Dear diary,

Aku inginkan cafe yg mcm cita coffee prince xpun mcm cita kopi dan dia,arghh..itu suma xpenting,apa yg aku idamkan adalah,cafe d bahagian bawah dan studio d bahagian atas,how sweet ^^..studio ape kat bahagian atas?haa..studio photo..photography studio..hell yeahh! so angan2 aku ini,aku drug drag along skali.haa..memandangkan beliau belajar kulinari dan aku belajar design,maka dgn ini kalau kami bergabung bercantum mungkin meletop mcm kentut pop-pop

Dear diary,

Orang kata..kalau bermimpi biarlah sampai ke bintang..kalau x sampai bintang pun dpt capai langit pun ok dah.*hyperbola sgt..tapi kalau ada rezeki,mmg nk sgt tubuhkan cafe studio ni,dan akan bermula d tanah jajahan kota bharu..insyallah amin..*amin kan amin kan*Yes.We will hired you as our staff..hahahaha..congratulation, u got this job! k drama tamat---

Dear diary,

Ini cerita ;MIMPI BIAR SAMPAI BINTANG' aku~
*mcm nk masuk program nescafe kick-stat pulak,huhu*

Maaf aku tidak Sempurna

Dear diary,

Aku hanya seorg gadis biasa,yg tidak punya apa-apa,yg masih terkial-kial dlm mencari redha Illahi,yg tidak mesra dan kdgkala menyimpan  seribu rahsia,tdak peduli apa kata manusia,kerana aku tidak sempurna..

Dear diary,

Jika aku leka,tegurlah jgn memaksa,jika aku alpa,ingatkanlah jgn menengking,jika aku lalai,pimpinlah jgn hanyutkan,kerana aku tidak sempurna..

Dear diary,

Lagi lama kau kenal aku,lagi banyak kekurangan aku kau akan nampak,samada kau mahu pergi atau menerima kekurangan aku,itu pilihan kau,samada sama-sama mahu memperbaiki atau membiarkan aku terkapai-kapai,kerana aku tidak sempurna..

Dear diary,

Siapalah aku dimata kau,seorg kanak2?perempuan?wanita?ya,aku cuma seorg gadis,yg tengah bertatih menjadi seorg wanita,aku masih terkial2 menpersiapkan diri menjadi seorg wanita,jika kau sayangkan aku,bersabarlah dengan sikap aku,aku kurang segala-galanya kerana aku tidak sempurna..

Dear diary,
Satu yg perlu engkau tahu,jauh mana kau pergi,kau takkan jumpa yg sempurna,krn sempurna itu hanya milik Allah :)


p/s : dalam tawa,aku menangis,dlm diam,aku tersenyum,dalam kusut,aku pedih,taktau apa yg kau fikirkan

Tentang (Tidak serius tapi agak ketat)

Aku seorang xde dua orang mahupun tiga orang.
...Anak ke-3
...Berunsur api (kalau aku api..cas pasangan aku harus tanah o ayor air)
..."SESIAPA YG MEMUJI SAYA ADALAH MUSUH SAYA TETAPI SIAPA MENEGUR SAYA ADALAH KAWAN SAYA''
...Si pemakai jam tangan sebelah kiri
...Tulis menggunakan tangan kanan,tulisan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik sampai kena pakai kanta,senang cita tulisan macam budak-budak sebab slalu kena tegur tulisan xmatang.Tulisan ada matang ea?erkk..
...Lahir pada bulan berzodiak gemini tapi ciri2 byk kat bintang leo,tah pape..so tidak percaya dengan dengan zodiak kerana aku beragama islam,haha
...Lahir pada tahun Hijrah 29 Dzulhijjah
...Setengah bulan dari bulan 12
...No bertuah 1 sebab lahir 19hb
...Berdarah AB

...Baca mengenai ini dan kau akan 'menemui' aku secara tidak langsung kerana aku hanyalah manusia biasa dan tidak lengkap serba serbi.

...Seyogia..Baca tajuk pun da tau maksud yang mendalam,(sepatutnya o selayaknya)
Aku gemar herion ni Jard..seperti Jard amik yg positif ttg Jard--bersemangat tinggi,kuat tapi sebenarnya jauh dari sudut hati lemah,syg dkt abg,ikut kepala sendiri,aku nak macam jard,travel then mengenali orang yang kaw baru kenal seterusnya mempercayai mereka!yurp,bukan senang nak percaya dekat orang,tp x salah untuk mengenali seseorang..Bila kau kenal seseorang yang ikhlas dalam berkawan,kau akan berasa bertapa bertuahnya hidup kau!

Notakukukaki : Esk mula kerja,mcm jard,haha,kedai 24 jam,hurm..dan ak janji dengan diri aku,aku xkan lupa tuhan dan xkan lupa untuk contact 'die' sebab die fikir bukan2 ttg aku n aku nak sangkal benda tu..sbb aku syg kau!

Angkat-an

Baru-baru ni ada jemputan dari isteri2 perkep untuk buat tahlil arwah,so mama d invite sama,bkn mama je,sapa2 lah isteri polis yg pernah duduk balai tu d jemput..ingat majlis biasa-biasa ja macam dorang selalu buat..ghupenya ada spesel sebab  ajak orang surau sekali..so majlisnya besar dan ramai..dan seronok sebab dapat jumpa aunty-aunty *pah bedah yo! kat sana berserta anak2 mereka yang sudah menginjak remaja..Fuh..len bebenor deme sekarang.da beso-beso..huhu

Yang nak d ceritakan d sini adalah..masa majlis tu,ada la seorg acik ni..suami die mmg kaki nyakat,abis semua budak die sakatlah,tp sekarang beliau pun da pindah..xddk da kat flat tu.Time aku duduk kat situ,dorang suami isteri mmg amik anak angkat,dah besar dah anak sulung die,ikut kiraan catuan mungkin tingkatan 5,mungkin mungkin*kerut dahi jendol.Apa yang aku respect,dorg amik anak angkat yang kena demam panas masa kecik.kalau kene demam panas biasa lah kadang-kadang sihat nya x macam budak yang kena demam campak..Tp kalau seseorang itu rela untuk menjaga makan minum budak tu..syurga utk mereka..amin..

Yang bestnya,time majlis tu,anti aunty ni amik lagi  satu anak angkat!comel je budaknya..rezeki die..die xde anak..tapi dorang suami isteri amik anak angkat,macam mana perasaan seorg wanita bila xdapat mengandungkan anak sendiri..fuh..suami yang kuat je dapat terima untuk amik anak angkat dan tidak berpoligami.Aku terfikir jugak.hurm..kental dan tabahnya seorang wanita tu bila xdapat mengurniakan zuriat untuk suami..aduss..tp Allah kan ada.Allah tau apa yg perlu untuk hambanya..

Nota kukukaki : Mudah-mudahan menjadi ank yg dapat berbakti utk mama,bkl mak ngn pak mertua,hehe..

The day after YESterday

ehem..assalam..wee..gue udah 21!! lompat katak.. Dah 21 ni,da boleh kawen ni..hurm..awk! sila masuk meminang dgn kadar segera ;) *pang bertubi*adess. Hari tua aku berjalan dengan lancar,dapat wish dari mama dgn ayt power 'moga jdk lebih matang' *tersembur seredak milo* tergelak tersenyum jap,haha..dalam proses mama! Tahun ni spesel sikit,sbb dpt wish dr awk..hee,pastu msuk hari baru gado,pun spesel jugak.k bye.haha

Masuk hari ni...wee..lepas gian dgn awk..setelah sekian lama berhubung melalui media elektronik,hari ni dapat jugak lepas sangap  gian jumpa awk.huhuu~~

Gembira+girang= farah, hazirah? hepi wak dapat jumpa awk..hepi gile!..dpt tgk awk gelak,..awk tenyum senyum..,dpt tgk mata awk..hee..*pang sedas*.Hari ni sy puas tgk awk senyummmm..big smile :) *sambil dengar lagu EM,s.u.k.a*. 'ku mahu kau selalu suka,bilaku mengalunkan suara,ku mahu mendengar kau ceria,sebab itu yang paling ku suka'.aku suka melihat kau suka sebab itu yang paling ku suka,padamu'' :).
*flying high without wings,just two of us*

terima kasih CINTA~~ *pang lg sekali sbb nyayi dlm hati. TERIMA KASIH budak kecik besar sebab hari ni..sy dapat jugak jumpa awk..ntah kenapa hari ni hepi gilak sampai rasa nk tulis ni kat awk,nk kata awk belanja eskem xde pulak,bg lolipop tikam mahupun lolipop cap red indian tu pun xde,bg surat chenta lg lah jauh menyimpang..mungkin aura excited awk tu kowt sampai kat sy membuatkan paras gula mencanak canak naik tanpa henti.*hiperbola sgt.Hari ni mereng terlebih agaknya..k bye.

Apa2 pun terima kasih sekali lg utk semua yang awk buat untuk sy,baik o buruk sy terima,terima kasih jgk sebab jaga budak kecik awk ni n x penat melayan kerenah budak kecik ni,membebel budak kecik ni,nasihat budak kecik ni sampai..hee..kadang2 kn wak..sy rasa..sy ni layan awk ganas sgt..hee..,ptt sy yg kena lyn awk mcm geli-geli gurly-gurly gedik*muntah hijau,n bukan layan awk mcm nk carik gaduh,ye dak.. *angguk 2 kali sekarang! kesian budak kecik besar ni,ganas pulok tubiknyo..hukaloh,no matter what..hati kecik sy tisu jamban 30sen  jugak wak sebenarnya,cuma xreti tunjuk sebab 5 tahun yg lalu sy 'kena' blaja utk kuat sbb tu kadang2 sy ckp ganas2 dgn awk.hee..tp bikers jiwa kental awk maintain je an layan sy,haha.cayalah bro..*kenyit mata


Apa2 pun awk,sy doakan awk terus sukses dalam semua yang kerjakan,ingt D.U.I.T,pegang dgn D.U.I.T,sy sentiasa support awk selagi sy mampu.kalau x mampu?ahaa..sy belajar utk mampu.ye dak..hee..
*sep satu kali..sweet melekit x sy bg ucapan kt blog?haha..farah poyo.k bye.kadang2.. nk gula2 x potong kaki, kita xboleh ckp bnd yg kita suka tu direct..t x sepe-rice kata nenek2 kerepot tough..ini cara budak kecik romantik~haa..belum keluar sajak berintonasi lg,kompom awk gelak guling sbb ayt budak kecik.haha..farah double poyo!k bye.

Dah lah penat la buat warkah atas talian ni..advance sgt jaman sekarang.haha..ok awk..hee..terima kasih daun kunyit,..ok punchline x sampai..TERIMA KASIH DAUN KELADI..oh xlupa jugak lagu2 yg awk bg kt sy,hee..best lagu tu,lau ade up kt fb psl lgu tu..sy dh tau dh..mesti sy da buat tahap adrenaline awk mencanak ke paras boleh tahan tinggi agknya..ye dak..hehe..

Apa2 pun..cemburu tanda syg,cemburu bersama membawa muafakat! mati kan lipas untuk sy,belai lah kucing sepenuh hati,haha,n pesanan xbertauliah sy,jgn cuba2 nk bg sy madu free,xsedap pun.haha.*gurau je,hee.jgn sedih2 sbb sy xsuka kalau awk sedih,hoho..


nota kukukaki : Jaga hati,jaga iman,n jaga mata..hee..telah berkumandang azan lagu far away tanpa perlu mintak kat dj radio,haha..bye~~~~hee..senyum sorang2 ;)
#sabtudate #potogediksta


Selamat BERCHENTA ;)

Mak aihh..bersawang oii..fuh fuh fuhh..haish wahai pemilik blog...kau ni xreti ke nk hupdate laman sesawang yang satu ni..masyallah..huhu..lame bebenor kau bela labah-labah ilusi kau ye..haha

Talking to much! boring la awk ni farah~
Aku xtau nk buat apa dah dengan blog yg dah penuh sawang ni..huh.Cite psl chinta lah.hee..winkwink..*senyum gatal farah.aku ade terbaca 1 buku ni..cover die leh tahan..tp isi dalam..perghh,lg boleh tahan..mmg kena bce laju-laju laa..xley baca 20km/j..xle xle..haha.sebenarnye nk ckp..asal buku cite tu cm sama ngn ak?haha.nama sama,nama timbangan   timangan pun sama..haha.ape2 la farah..kau jgn nk perasan le hoii! ah..ape2 la.. masuk part sajak meleleh chinta aku jelah~

'Cintainya kerana atas dasar cinta pd yg Esa
Itulah nilai chinta yg patut semua fahami & rasa
Bila tercapai tahap cinta itu,ia menjadi luar biasa
Baru tahu penangan teragung chinta punya kuasa
Bukan hyperbola kasih aku setinggi banjaran titiwangsa
Itu semua permainan mulut manis berbahasa
Manisnya chinta begitu buat pasangan rasa selesa
Bahagia datang berduyun-duyun,idup makin sentosa
Kekasih datang dan pergi sentiasa
tapi..jodoh datang sedikitpun x tergesa'


notakukukaki : Sejak bila ni?sejak bilaa.?..ini hnyalah kopipasta punya sajak..haha,sigh

Langkahan setapak lagi

Alhamdulillah,2013 telah melabuhkan tirai..dan aku telah lulus sume tugasan sepanjang semester 5!!Alhamdulillah dgn izin-Nya..Moga 2014 ni dapat aku jalani dan tempuhi dengan sebaik mungkin,Insyallah..2014..21tahun,2014 21 tahun..perghh..farah..tolong jadik matang please..be matured tau..haha.

Dan dengan tibanya 2014..maka aku telah melangkah ke semester 6,dan aku kene teruskan langkahan dan kangkangan aku untuk terus menuju ke masa hadapan..Semua memori sepanjang sem 1 hingga sem 5 telah aku pahatkan dalam ingatan,moga memori semester 6 ni juga kekal dalam ingatan aku..haha

Dan 2014..makan genap 5 tahun aku kehilangan..Yurp..masih dalam ingatan..aku xkan pernah padamkan memori tu..kehilangan terbesar..buatkan aku kuat,walaupun susah nak hadapi,tapi kehilangan telah mengajar aku erti menghargai dan erti kuat.Walau siapa pun aku di masa hadapan,aku xkan pernah lupuskan beliau dari dalam ingatan aku..Insyallah..sesungguh amalan yang dibawa selepas mati..Salah satunya Doa anak soleh!Insyallah :)

Notakukukaki : Azam baru! carik imam muda!wakaka..gataii juboq!lalala


Bakal

Pejam celik,pejam celik...dah x lama..tinggal lagi 2 hari je bakal menjadi pelengkap untuk 4 tahun kehilangan..Allah hu rabbi..yg kecik tu pun baru je jdk seorang 'Lelaki' beberapa hari yang lalu..haha..maka lengkap lah 'jejaka' dalam kalangan keluarga..hoho..

Xsangka budak kecik,bakal dewasa ni da sunat..Rasa cam dia kecik lg jehh..huhu
Hari ni gempar dengan berita sabah d landa todak, ikan naik darat..hurm..rezeki orang sabah mungkin..Allah Maha Mengetahui~..bak kata status mr. bie kita 'Kerana ikan melompat ke darat,Sebelanga manusia kembali taubat.Ini 'Kebesaran',mungkin juga ada amaran.'haha

Mesti kita tertanya-tanya apa yang bakal terjadi 26/12/13 tahun ni..Yelah..boleh dikatakan setiap 26 haribulan,mesti ada perkara terjad..Kesian nombor 26 tu..die x bersalah pun..Argh..ak xkesah pun pasal benda-benda ni..yang pasti 26/12/13 cukup 4 tahun..yurp 4 tahun aku kehilangan insan tercinta.

Sekarang hanya doa iringan kami sekeluarga..Doa seorang anak yang rindukan senyuman beliau~.. :'|

Perlu ruang untuk MENJERIT

As salam..wihuuu..final makin menghampiri..haha..owh final,pelisshh be nice to me! ayat common student.haha..

Sejak akhir-akhir ni aku rasa....rasa..rasank layan lagu En.mimpi je hari-hari..haha..lagu rindukanlah tu best gilak! aishh..tp mr.bie pilihan no 1 gue,wuhaha. topik.topik.topikk

Baru-baru ni kawan yang kusayangi masuk hospital, Ya Allah..masa datang lawat dia kat ospital time tu,emm..sedih sangat..rasa sebak je tgk dia nk2 time dia pegang tgn n pdg mata ak penuh simpati,ahh..tahan nangis fara...rindu semua gelak tawa dia dulu, xtvt2 yg kteorg buat sesama time LI dulu..lepak ICT..arghh..rindu semua tu! tp kita hamba..taraf hamba adalah menerima ujian yang turun dari yg maha kuasa..kadang-kadang kita x sedar yang kita selalu buat dosa yg sama,bila turun musibah,kita pasti akan kembali pada yg kuasa. Hari ni dia sakit,esok lusa mana tau aku pulak sakit,allahuakbar..tp alhamdulillah..xlama lg dia nk kua da! x saba nk tgk dia kacau org.. ;)

Tp..sekarang ni aku dlm delima,konflik,arghh..kenapa aku perlu rasa mcm ni..dulu ok jeh..napa skrg macam xbest,nape?napa?..aku syg kaw weyh..tp aku rasa kaw mcm da lain,kdg2 aku terdetik nk ckp,'kita jgn ingat kita perfect sgt!' tp ak x boleh,ak telan sorang..ak dengar jeh,senyum tenuk!urmm.. Aku xnk aku menangis sebab kaw lg..ak xnk sentap ngan kaw..even bnd tu sakit,aku cuba anggap bnd tu gurauan sbb ak sayang kaw..ak xnk dah nangis kali ke2 sbb kaw..arghh..ak perlukan seseorang sekarang!! ifaa..nk pelukk.. ak takut satu hari nnti ak xkuat..ak tau kaw mcm mne,dgn aku kaw lain,dgn mereka kaw lain..argghh..kenapa aku rasa sakit sgt ni..fara! tolonglah kuat!! aku doa sgt satu ari nnti kaw xlg kutuk org2 yg x perfect kat mata kaw,napa kebanyakkan org yg kaw pandang semua x cantik kat mata kaw?org tu xde buat sala weyh..tp sbb kaw kawan aku,aku dengar jeh,aku senyum,aku gelak..semua tu utk kaw! tp..aku xnk kaw kutuk org2 tu..kaw xknl mereka yg lalu lalang tu..napa perlu ckp psl dia?x penting rasanya utk cerita psl org yg kita xknl..aku sedar,aku pun banyak buat silap, "Ya Allah..berdosakah aku sbb x tegur dia?aku x cukup kuat Ya Allah.." arghhh..rasa nk menjerit,perlukan ruang utk menjerit kuat kuat

notakukukaki : Final! here I come!!!haha..fara,sila kuat yurp..jgn masuk habuk dalam mata yurp.. :'|

Mimpi insyallah menjadi kenyataan!

As salam, selamat hari raya kepada ikan2,kura2,semut2,nyamuk2 serta lipas2 yang banyak mendatangkan masalah..haha..(lipas masalah yg paling besar! sabo jelah~). X lupa jugak kepada umat islam dan saudara sejagat,gituu kaw~

Cite raya..raya tahun ni makan nasik minyak.yumyumm..k bye. Back to da topic..hurm..actually bnd ni da lama aku fikir..KENAPA?bila mimpi pasal benda tu aku macam tertanya2,benda ni baik ke x?

Aku xtau nk luah kat sapa,sebab orang kata mimpi tu mainan tido..(mmg pown..sbb ak xpena ingt ak mimpi apa =='). Tapi bagi aku ada beberapa mimpi yang aku akan ingat! Yes,terutamanya mimpi yang berkaitan ngan ayah.. (kalau boleh hari nk jumpa dengan ayah. tp allah lagi maha mengetahui.redha :] )

Benda ni berlaku masa bulan puasa haritu.Tah tiba-tiba boleh pulak aku mimpi pasal sorang budak (tidak diketahui datang dr celah mana, garu kepala jap). Budak tu tarik aku pegi sebuah rumah yang x siap,seperti dah lama ditinggalkan.Aku? entah macam ikut je flow budak kecik tu walaupun x tau apa tujuan dia sebenarnya.blur.

Dan TIBA-TIBA!!..jengjengjeng..suspender..budak tu cakap ayat keramat ni "Kita akan duduk rumah ni satu hari nanti". Pelik+tegamam+haa??apa adik ni merepek..rumah xsiap ni?tanah yang ditumbuhi rumput?satu hari nanti?bila?argghhh..persoalan berlegar-legar kat kepala hotak..lepas dia cakap macam tu..tanpa di sedari budak tu hilang dan aku?Terjaga.Aku cuba kerah otak untuk pikir apa yang cuba di sampaikan..tapi,hambar. x dapat jugak jawapan.buntu.lupakan je utk terus memikir.haha..

Dan...tanpa diduga..hari raya baru-baru ni..kami adik-beradik dapat berita gembira..(adik-badik jeh..sbb mama da tau dulu..n xnk bgtau kteorg..hurm.. ==''). Rumah ayah yang dah agak lama teberhenti kerja-kerja pembinaan sebab masalah lawyer yang mmg loya tekak aku tengok die,huh,akan diteruskan oleh lawyer yang baru dan ofchos la kontraktornya baru jugakk!!weee..alhamdulillah dipermudahkan

Beberapa hari kemudian, baru ak teringat mimpi aku..mungkin 'budak' tu diutuskan untuk bawa berita gembira untuk kami sekeluarga..lagi satu mimpi tu datang time bulan puasa.persoalan aku..siapa budak tu?ayah?arghh..pecah kepala jap.

Apa2 pun ak bersyukur,rumah tu dah dalam pembinaan.ayah..INSYALLAH satu hari nanti kiteorang balik kampung n duduk kat rumah tu.PASTI!! tu janji kami! Mimpi insyallah menjadi kenyataan x lama lagi,Allahuakbar! (adess,habuk masuk mata pulak..kesat mata.)


nota kukukaki : Akan sentiasa sedekahkan doa utk insan tercinta..rasa macam baru je lagi kehilangan..adess..habuk ni kacau betullah~




Saya ok,Saya da besar

Assalamualaikum,lhamdulillah..sekarang umur dah meningakat,belia gituu..haha,.Genap umo ak 20 tahun..

Sepanjang aku hidup sampai 20thn,alhamdulillahh ak d pertemukan dgn org2 yg baik,yg membimbing ak ke jalan yang benar..bukan terpesong ataupun songsang..mintak jauh nokk..ak belajar erti kehidupan,erti persahabatan,erti  kesedihan dan erti kebahagaian.adess sakit mata pulak,jerebu pnya pasal..

Ak bersyukur sepanjang ak jalani hidup ni,walaupun ada masa ak kadang2 rasa putus asa,sebak, marah,tp ak tau tu semua godaan syaitan buat hambanya yg lemah supaya ak lupa tuhan,oh tidak~selagi iman ak kuat,ak xkan lupa tuhan..ak masih pnya Allah,Allah Maha Agung.

Alhamdulillah,ak dapat wish dari family n kawan2 yang sentiasa dekat ngan ak..mama,iwan,along,semua..ak gembira dlm sedih. Gembira sbb org yg ak sayang sentiasa ada d samping ak,sedih sbb org yg ak sayang jugak, x dpt tgk ak membesar depan mata dia..

Hari bapa..hurmm..baru je lepas beberapa hari lalu,ahhh..sedih untuk ak,tp gembira untuk mereka yg masih punya ayah..sedekah fatihah jap..sambil kesat air mata,adess..Dalam dunia ni xde siapa kowt boleh ganti dia..Mungkin ada hikmah d sebalik semua ini,.Allah xkan susahkan hambanya sbb Dia tau kemampuan hambanya..gitu kaww nokss..

Apa-apa pun,ak bersyukur masih bernafas sehingga hari ini,utk kembali sujud kepada-Nya..Alhamdulillahh,
Ayah! fara ok..fara da besa.. ^^v

Notakukukaki : Doa ibubapa tu penting utk setiap apa yg kita ingin kerjakan..adioss :)
                    
P/s : Belajar-keje-belajar-keje-kawen-woww!haha..

Kesempatan

As salam..alhamdulillah selamat sampai umah..Dari mana cik kak..selamat smpai dr kampung..wee

Setelah beberapa hari duduk kat umah nenek(mek) skrg tiba masanya utk ke rumah nenek jugak(mok)haha

Yurp..mok tu nenek belah ayah,n now beliau tinggal ngn ank die a.k.a satu2 nya waris anak yg masih hidup..
Time kteorg sampai je umah die,aduhh..mata da berkaca..mok jatuh tangga,tangan terseliuh..aduhh..aku tahan airmata dr menitik dgn memandang ke tempat lain (teknik yg berkesan!)..Apalah perasaan mok time tgk kami ye..hurmm..

Kalau tenung mata tua tu,mesti bermacam persoalan pertanyaan kerinduuan tersimpan..mata x pernah menipu..Hari yg beliau lalui aku dapat rasakan..sgt bosan!. Aku baru kne duduk sehari kat situ..mengelupor nk balik..hah.Bkn bosan sbb apa..mok x reti nk tgk tv..beliau akan tgk bila org buka shj..mok da x larat nk jln jauh2..mcm dolu-dolu.hanya duduk d birai katil bertemankan al-quran,tasbih,minyak rambut cap ape ntah~ n yg paling penting rokok daun! Yesss..rokok daun yg gulung2 (perghh..nenek wa mmg brutal..haha).


Lagi satu kelemahan ak,ak x boleh nk tengok apa yang pkcik bwt..pergh..mcm ayah! sejibikk, suka isap rokok,ada kereta wira,suka temenung sana temenung sini,pendiam..Aduhh..sama sama sama.!

Ak berdoa agar Allah panjangkan umur mok,agar kami sekeluarga diberi kesempatan dapat menjaga beliau sebelum beliau tutup mata bertemu sang suami dan anak2nya..

Ya Allah...engakau yang mengetahui isi hati kami,engkau yg menentukan segalanya..aminn..


My day!

Wehee..finally rajin jugak nk update  blog ni..urghh..
Sekarang adalah masa cuti,setelah 1 sem dibuli dgn praktikal!haha.penat. Tp tu experince kowt..kalo xde praktikal mcm mne kaw nk start keje ps abs blaja? n i think my practical..boleh la..hepi~ ^^

So it's time to rest,then..demam..sedeyy.haha. My day..penuh dgn design kad kawen! yeah..Kadang2 syok sgt buat kad kawen smpai rse diri sendiri yg nk kawen.haha.perasan jap.

One more thing..buat kad kawen ni sgt best bile org tu dah dapat view kad dorg..pastu dorg ckp.nice,cute blablabla.. sgt seronok bila org heppi! sbb bila dorg hepi,dengan secara tidak sengajanya horman estrogen (betul ke eja) tu melonjak n efek kat kita sekali.. Itu akan membuatkan kita rse hepi sekali..muhahahah..w'pun kdg2 strees buat bnd alah ni.grrrr


So..bila la agk2 nya tangan aku ni nk rajin menaip lg...hurmmm..=.=''haha.

love my day <3

notakukukaki arini mama masak lontong! yeahh,makan sedap n kena bebel sbb tdo lama sgt..mama kena bwt keje sorg,huhu.apada ak ni..^^v


Biar

Mata tua yg memandang aku itu
bundar,pudar
Dia x mahu bilang apa yg mencengkam jiwa usangnya
biar, katanya 'biar'
Wahai ayhanda berhentilah walau sebentar 
dan renungkan mataku yg melaut
khabarkan yg jujur dan ujar apa menyerabut
Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu,perikan jerihmu
Kisahkan  penatmu,ak mahu tahu
Mata tua yg bagai ada sakti dewa dewi itu
harum,senyum
Dipukaukan ak nan terus terpana dan terdiamkan 
'biar',katanya 'biar'
wahai ayahanda bisikkan walau sekali
izinkan ak menumpangkan bahu
Berikan ak seperca dr beban kamu
wahai ayahanda
Lihatkan lah berlari kini
melompat tinggi nya ak,
Setiapnya kerna  kau x pernah pergi
Apa masih ingat lg 
ak suka lari-lari
kau bagaikan x peduli
ku biar kau patah hati
apa masih tidak lupa tengking jerit sama
mkn x mahu semeja
sahabat lebih berharga
apa mampu kau sudikan 
ampun maaf ku sujudkan
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan
Apa layak ak bg
x terbalas sampai mati
kau sungguh yg plg tinggi
Istana mu syurga nanti.

ayahanda beta,

kekasih beta.

* credit to fynn jamal (pemuisi yg ohsemm)

notakukukaki: Lagu yg mempunyai bahasa yg sgt indah,sekali dengar sgt menusuk terus ke kalbu utk 'dinangis'kan


Rotan ayah

Masih aku ingat lagi tika kecil,aku sama seperti kanak-kanak lain yg suka bermain,melompat,memanjat.itulah kepakaran ak tika belum baligh.Tetapi..setelah penat ak bermain semua jenis permainan,kami adk badik telah diajar utk pulang sebelum maghrib.Tp....heh,budak-budak..mne tau erti penat kalau da main.x kira maghrib isyak selagi ade peluang utk main,mmg kami x akn lepas...

- Ak ingat lg,bila ayah pegang rotan,ak senyap,sorok belakang mama
- Ak ingat lg,bila ayah letak rotan dekat dekat tempat yg senang ayah capai,ak amik rotan tu,sorok jauh2 sampai ayah ckp benda tu berjalan.padahal ak yg 'jalankan' huhu
- Ak ingat lg,kalo report card ak ade marah  merah,ak bg mama je tndatgn x bg ayah tgk pown..(rupenye ayah da tau dulu)nk sorok lg..padan muka!haha
- Ak ingat lg kalo bab mengaji,ak paling takut mengaji dengan ayah sebab ayah garang..nnti ayah pukul ngan rotan kalau tajwid salah(bajet bce betul,padahal..pjg ke pndek,pendek ke pjg).so,ak akan berebut ngn adik badik yg lain nk ngaji ngan mama. first come,first serve(betul ke ni?)errk.
- Ak ingat lg,kalo malam je x boleh nk tgk tv,tgk cite best2.ayah je boleh tgk.mane aci!!huhu,kalo ayah pegi toilet,time tu ak curi2 pegi tgk tv,ayh keluar je,kabut konon2 belajar.hampeh jeh..
- Ak ingat lg,ayah x nk hantar ak pergi sekolah naek kereta,kalo ujan pown kene redah ujan g sekolah lecak2,angkat kain paras lutut,seksi gitu u..awww,pakai selipar,da sampai sekolah baru tuka kasut (kasut dlm plastik bley buat timbang2 lg)
- Ak ingat lg kalo ak nk pergi mane2 belum tntu dapat pegi (pegi sekolah lg bagus)

TETAPI..sekarang baru ak tahu,rotan ayah sgt bermakna

- Ayah nk ajar ak lebih berdisiplin (mungkin sbb kami ank polis,disiplin penting oo)haha.balik sebelum maghrib sbb time tu byk setan keluar 'merendek'
- Ayah nk suruh ak sentiasa tengok rotan tu,bia ingat sbb ape ayah rotan kami..
- Ayah nk ak belajar bersungguh2 sbb pelajaran tu menjamin mase depan,time belajar,belajar betul2,time maen, maen betul2.
-Ayah nk ak bace tajwid tu btul2..kalo sala berdosa..haha.sbb...ayah nk anak2 die pandai ngaji,kalau pandai ngaji..boleh sedekahkah fatihah ngn yassin kat ayah.kan kan.mcm sekarang...(ak bangga ayah rotan ak!)muhahaha.xpaha susa pegi uamh cikgu ngaji,dok umah ngaji pree jeh,hoho
-Ayah nk ak tumpu belajar..kalau asik tgk tv je..byk pengaruh x elok x sononh,nnti ak ikut!die x nk ank2 die tercemar ngan pengaruh tv.-Ayah nk ak berdikari,jgn selalu sgt manja.sbb ayh tahu,ayah slalu x de kat umh sbb keje,ayh nk ak belajar idup sendiri,ade mcm jalan utk kita capai cita2 kita.
-Ayah xnk ikutkan sgt kehendak ak,sbb ayah xnk ak mewah2 anak2 die,bila kite rse kite da cukup susah,kite kena ingt yg ade org lg susah drpd kita.Sekarang baru ak tau kenapa ayah jdkkan rotan tu kawan dan kami anggap rotan itu musuh.


Notakukukaki : W'pon org lain bangga dgn kehebatan ayah mereka,ak sikit pown x jeles sbb ak tau ayah ak x sama mcm ayah org lain,ayah ak sgt SPECIAL! rindu ayah!




Aku mahu berubah

Salam bola Harimau Malaya! gooolllll..Hari ni setelah beberapa hari bali umah,dapat jugak makanan yg jarang2 dapat makan,sedapnyee..dapat makang laksamm,pergh pergh perrghhh!!


Pagi-pagi ak kene bangun sebab nak kena sediakan bahan-bahan sume,tengah-tengah shiokk ak buat kileje..sambil dengar radio ikim(peberet mama titeww),tibe-tibe mama ckp 'mcm mane awk naka bangun awal fara..awak tido pukul 3-4 pagi..pastu yg subuh pukul 5 awk x terjage'.glupp.telan air liur.
'awk jgn amal mcm tu..awk belaja,belaja jugak,,allah yg lupe..mama x nampak awak kat sane,mama doa allah jge awak je kat sne,awk tahu x kalo awk tinggal satu satu waktu..ape awk belajar tu x dapat berkat,belajar,belajar tapi x masuk,x ingat,sbb awak lupe tuhan.' ak diam jelah sambil main ayorr. 'tolong la fara,kalo awk kesian kat mama,kat ayah,awk tolong la niat bangun solat,nnti satu hari nnti awk kawin,awk ada anak,kalau anak awk x sembahyang,nnti anak salahkan mak bapak,sbb mak bapak x ajar.sbb tu mama bising hari-hari suruh kamu semua bangunn,awk semua......pjg pulok mama ber'story' 
Ak angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk sengeh-sengeh,ngeeee.

Lama ak duduk kat bilik.Berfikir sejenak,'A'ah kan sampai bila ak nak jadik macam ni,ak da nk dekat 20,sembahyang tinggal lagi,(jujur owh..subuh slalu terlepas.perghh).nnti tiba masa ak kahwin,ada kerja,ada anak,kalo yg utama ak x stabil,macam mne ak buat benda yang lebih besar?(sambil berkata2 dengan perut yg bernyanyi irama dangdut). 

AKU NAK BERUBAH! YEAHH! itu azam ak. Tp macam mane? ingat senang ke? Tp xpe2,kite mula slow2. First.Tuka baju (carik baju yg labuh tutop mne yg patut.heheee.tutop aset dowh..bg pada yg halal je,cewaahh,kelas kaw jahhh..)
Second.Sembahyang awal (cube sembahyang bila masuk waktu,kalo boleh x nak tinggalkan dah,ak nk kawin!!ak nk ank2 ak sume solat cukup,aminnn,hehehe)
Dan seterusnya2..jengjengjengjeng..mudahan dipermudahkan ak utk berubah.


Ya Allah,ak manusia yang sering melakukan kesilapan,Terkadang ak lalai dgn nikmat dunia oleh kerana hasutan syaitan.ak leka dengan kehidupan duniawi,Ya Allah,ketemulah ak dengan seseorang yg dapat membimbing ku ke jalan yang engkau redhai,jalan yang benar,jalan yang dapat mendekatkan diriku kepada-Mu.In sha AllahAminn~ 


Nota kukukaki : Perghhh, boleh buat nobel novel x lama lagi niyh,haha (berangan jap)



Tuhan ada dengan kita

Salam malam yg lapar...berrrr..lapar lapar lapr..tolong..masakkan kan makanan mama..sy lapa..sy nk makann....(sambil hentak kaki mcm nk runtuh umah) nampak x lapa die..hah..

Arini ape mau story eyh? hurmmm..cite pasal final lah.arrrghhhhh.FINAL? terus jdk pening,migrain dan pengsan terus...zzzzzz. Story pasal,.....aha(mentol ats kepala).huhu.

"Kalau nak ALLAH ingat kita waktu susah,Jangan kita lupa ALLAH waktu senang".pendek dah ringkas.(pendek ke?)tp penuh dengan maksud yg tersirat dan tersurat.

Manusia sering lalai dengan hal-hal duniawi(termasuk lah ak,keje main fb je) sampai kita lupa hal-hal akhirat.Lupe solat,mengaji,puasa,sedekah blablabla..yang kita ingat makan,minum,berak,tido...Dari mane datangnya semua tu? Kenikmatan, keselesaan. Semua tu datang dari Yg Maha Pencipta. Tp kita selalu lalai untuk mensyukuri nikmatnya. Time susah la baru ingat tuhan. Time ekseden cthnye, time tu la nk meraung ingat tuhan, Ya Allah sakit..sakit..baru la reti nk istgifar,reti nk sebut semua 99 nama Allah, sifat mustahil pown sume kua. Kita tau x kenapa Allah turunkan ujian mcm tu? sbb....Allah nak uji hambanya. Kita ingat ke tidak sapa pemberi rezeki,sapa pemberi nikmat kesihatan,keselesaan semua.

Ni x,time senang...x hingat dunia,solat tah kemana,puasa tah kemana.Sebelah ke timur,sebelah kebarat.Hidup nk pegi club je..(club?partyy!!wuhuuu..haha),bile tuhan uji dgn satu ujian kehilangan,salahkan tuhan,padahal kita x ingat yg tuhan slalu bg kesempatan utk kita bertaubat.kembali ke pengkalan chepa pangkal jalan.

Kesimpulannya,senang je nk ingat tuhan..bersederhana. Bersederhana dlm semua yg kita lakukan,buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang. kompom hidup aman.Ingat Allah time susah n senang, syukuri nikmatNya n Allah pasti akan bersama kita. Salam.adioss..

Nota kukukaki : Ingat mati,igat sakit,ingatlah saat kaw sulit...blalablabla..cmne ntah lagu ni,haha

p/s : Peringatan utk diri sendiri khususnya.haha(ak pown slalu lalai, d sbbkan hasutan Syaitonn) muahahahahah









Berkat Dhuha

Salam hujan di pagi hari..yuhuu..sambung tido yokk..hari ni ada teka teki lg..dalam banyak2 hari,..hari apa yg tak boleh kemam ketip kuku?ha..jawab jawab..

Back to story,hari ni nk cite pasal keberkatan solat dhuha. Solat dhuha ni senang je..2 rakaat cm solat subuh uh..senang je an an..kalau ak call mama, msti mama ckp, 'buat x sembahyang dhuha?kalau ada masa singgang  senggang buat2 lah sembayang tu...awk tu pelajar...jauh dengan mama..awk da besarkan,.boleh pikir da'.. ye mama..ara   fara bwt....kalau ada masalah.hee,..kalo ari cuti boleh la ma..huhu

Solat Dhuha bukanlah suatu yang berat untuk dikerjakan. ia sama mcm solat sunat yg lain. solat dhuha ini ibarat waktu rehat untuk otak dan anggota badan setelah beberapa jam bekerja. Janganlah kita memandang amalan ini sebagai suatu yang berat untuk dikerjakan. pastinya kita akan malas dan tidak semangat untuk mengerjakannya dan mungkin juga kita tidak akan istiqamah. Asal kita ikhlas dan menepati syarat, Insyaalah kita temukan keindahan mendekati-NYA

Solat dhuha ni banyak sangat kelebihan nya. Salah satu kelebihan solat ni,.dimurah kan rezeki. Mama selalu ckp, kelebihan solat dhuha ni antara penambah rezeki..bukan rezeki duet je..rezeki bnd laen pown kita dapat..cuma kita nampak x nampak,sedar x sedar je..

And, pernah satu hari yg x dijangka..jengjengjeng..Pada hari sabtu yg best,bangkit je dari tidur, terdetik hati nk buat solat dhuha. siap2 mandi sume,bentang sejadah,tunduk pada Yg Esa. 2 rakaat je..bkn lama pown..abs je solat,temenung jap pikir masa depan,haha. pikir,hujung2 sem niyh..duet xde..sengkek gile ah ckp..cmne la nk idup ni..hurmmm...

Tapi selagi kita berpegang pada yg satu,susah macam mana pown kita akan rasa tenang sbb kita tahu tuhan bersama kita. Ak pown berserah jelah..ape nk jadik,jadikla..Tiba2 petang yg x dijangka..Iwan call tanya ak ada pitih duet ke tidak?Ak senyap.'eemmm, xde'..(nada slow). 'Ok,nnti ak masukkkan duet ptg ni'. 'Ha?betul er wan?(pemurah pulak bdk ni,huhu). ok..mekasih abg syg..haha

Bila pikir2 balik, ni berkat solat dhuha agaknya..rezeki boley dtg dalam pelbagai bentuk dan keadaan.Kita perlu berpegang pada iman n terus berusaha, sbb Allah akan bersama hambanya yg ikhlas mengingati-NYA. 
Salam dhuha,adios :)

Nota kukukaki : jawapan teka-teki diatas adalah.. HARImau..aumm aumm amm,giel kaw nk potong kuku harimau..

p/s : selagi ada masa, kita buatlah solat sunat bg tampung solat2 yang terdahulu. bkn susah pown.. :)


Ujian kehilangan



Salam petang yg sejuk lagi dingin...hu,sejuk2, mane x nye..dok dlm hujan,memang sejuk lah..gggggrrrr..okey,sekarang ak ade teka-teki. Kenapa,kalau kite nek kenderaan..kite pegi satu2 tempat yg kite x pernah pergi,kite rse jauh sgt...tapi bila kite nk balik,kite lalu tempat yg same, kite rasa, eh,cepatnye sampai..kenape?kenape?ha..jawab jawab..

Back to story,emmmm..ak pernah terdengar 'Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,kita diberi cubaan dengan kehilangan'.

Ye..ak setuju.Sebab,ak da lalui kehilangan tu.Ak da rasa betapa sakitnya kehilangan orang yang ak paling sayang,orang yang paling ak rapat. Sakit sgt bila kehilangan tu kita x nampak depan mata,kita x jangka pown,tp Allah maha mengetahui,Allah xkan uji hambanya kalau hambanya x mampu. Memang semua orang pernah merasai kehilangan, cume kehilangan yg dirasai berbeza. 

Macam ak,ak hilang org yang ak syg dlm sekelip mata, sahabat ak juga kehilangan tapi bkn dengan sekelip mata,die sempat menabur bakti walaupon hanya seketika. Memang perit sangat bila org yang selalu bagi kita semangat,bagi dorongan, bekerja keras sara keluarga hilang!.Hilang tanpa sempat meninggalkan pesan kepada anak-anak.Hilang tanpa sempat melihat kejayaan anak-anak. Ya Allah..sakit nye..sedih berbaur hiba. 

Tp..hidup mesti diteruskan, x guna kalo kita sedih meratap benda yang dah x jadik milik kita,sbb..hidup ini hanya sementara,hidup kat dunia ni x lama,selagi boley berbakti,kita buat.Tak semua orang dapat rasa apa yang macam ak rasa. Ak x cemburu kalo orang cakap family dorang best.X langsung. Sbb ak tau Allah tu maha adil,'Tuhan tidak pernah mencipta satu ujian atau bencana itu dengan sia-sia, pasti ada hikmah sebalik peristiwa yang menimpa'.Kadang-kadang terdetik kat sanubari ni apa yang dimaksudkan dengan pasti ada hikmah disebalik peristiwa. Ade hikmah ke kalau kita kehilangan orang kita sayang?. Sekarang baru aku tahu, Kata-kata itu benar,janji Allah itu betul.Kteorg sekarang lebih rapat.rapat drpd dulu, 'wali' ak sekarang lebih bertanggungjawab, die jaga adik-adik dia elok2,die awasi pergerakan adik perempuan die.sbb die tau,tanggungjawab tu jatuh ke bahu die sekarang, kalau die x jaga adik perempuan die, die pon akan tanggung dosa.Iwan! wa caya sama lu..

Emmm..betullah yg 'Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,kita diberi cubaan dengan kehilangan'. Allah nk uji sejauh mana kita ingat Dia,kalau kita ingat Dia, Dia akan ingat kita dan meghadiahkan kita suatu yg mungkin tidak kita jangka.Itu janji tuhan.


Tak semua manusia ALLAH aturkan yang masin  manis utk dirinya..tapi penghujungnya ALLAH atur apa yang terbaik untuknya..itulah gunanya kita sebagai hamba sentiasa percaya dan iktikad bahawa yang terjadi adalah terbaik utk kita walaupon diambang kejatuhan..salam adios


Nota kukukaki: Jawapan tok soklan diats adalah....(bunyik cengkerik jap..)
                         sbb...sepanjang perjalana kita ke tmpt tu..pokok tnya kenderaan tu,nk pegi mane?nk pegi mne?bila kita da sampai destinasi yg ditujui n nk balik dah.., pokok x tanye dah kenapa?kenapa?sbb pokok da tau kenderaan tu nk pulang..haha, sbb tu rse sekejap sgt..

p/s : Ak suka tanya soalan ni kalo ak pegi jalan jauh,haha



Orang yg mencipta alasan? Siapakah?

Pada suatu pagi yg dingin lagi sejuk mengigil-gigil betul ke aku eja niyh?khuatir gue.,lagi terketar mengetap gigi, maka masuk lah seorang knk-knk laki kedlm sebuah 'rumah kecik' yg hanya boleh memuatkan sebijik jamban duduk dan sebijik shower, maka dengan lafaz bismillah,siramlah air ke badan nye smbil beliau menjerit,sejuk!! sejuk oi!!..hahahah,intro terlebey suda.


Nak di pendekkan cerita, adik aku yg umur baru mencicah mencecah 9 tahun memulakan perjalanan ke sekolah yang berdekatan dengan niat menimba ilmu, maka dengan itu, aku secara rasmi nye menjadi kuli raja di rumah.hahaha..

Bile die balik je umah..ini die bercerita

Azri : Mama, ari ini chikgu baru ajar akim bm. Tapi bm tu susah owh..nasib baik chikgu tu cun...rrrrr(gatalgatal)
Mama : Cikgu tu ajar ape? ajar tengok awek cun eyh..ishishish..
Aku :  Kaw tau ke cun tu ape kim?
Azri : Wink wink ** (muke buat2 tau)

Semasa d kelas beliau


Cikgu : Pelajar yg rajin akan sentiasa mencari jalan dan terus berusaha kerana nak seribu daya xnk serjuta dalih. Mereka yang malas sentiasa mencari alasan dan cuba berdalih-dalih. bla bla bla bal...maka panjang lah cerita beliau..
Cikgu nak tanya siapakah orang yang sering mencari alasan? Cikgu nk uji,kamu ingat ke x ape, yg cikgu ulang tadi..

5 minit kemudian..

Cikgu : Sape yg tau angkat tgn..kalau sala xpe,cikgu x mara. aku tambah je ni,konon2 jadik cikgu
,mane la aku tau cmne cikgu die tanya,haha.

Azri : saya nak try cikgu!..Orang yg suke buat alasan tu.... abang saya cikgu. dia kan cikgu asik buat alasan je..ade die ckp at mak saya, dia tinggalkan buku teks sbb nk suruh kkk saya study buku tu pastu bila die balik dia nk suruh kkk saya rebus buku tu, dekat sekolah die pinjam buku teks kawan die, tu bukan orang yg suka cipta alasan ke cikgu? pastu kan cikgu...ish..kkk saya slalu ckp mcm ni 'kaw ni..keje carik alasan je kan....'
Ha betul x jawapan saya cikgu? mesti betul kan kan kan..saya tau..mesti betul punya lah..kening jiana jian

Cikgu : Ha? azri-azri..abang kamu tu mmg betul2 tergolong dalam mereka yg suka cipta alasan, kamu jgn ikut die pulak ye..Betul lah tu jawapan azri tu,siap ada contoh lagi, kamu semua jgn jadik malas ye..sebab orang yang malas berusaha adalah orang yg????

Mu red-mu red : Cipta alasan cikgu..macam abg azri...hahahahahaha (gelak besar)

Azri : Macam tu la cerita bm akim..sekarang ni, kawan-kawan akim sume kenal abg arif,heheeee. Padan muka die! sapa suruh xnk bg akim main game!


Nota kukukaki: Jangan cuba berdalih dalam pelajaran, nanti diri sendiri yang rugi..

p/s: Zaman sekolah merupakan zaman yg menyeronokkan, adios, salam..